Hai adik-adik.
Ini hari, cikgu nak cerita sikit pasal teori makhluk asing yang telah dikemukakan sejak tahun 1970-an dan masih popular lagi dalam zaman kitorang ni.

Taikor yang mulakan segalanya ialah sorang Swiss yang bernama Erich Von Daniken. Sebenarnya, dia ni ciplak teori orang lain. Alexander Kazantsev, Andrew Tomas, Harold Wilkins, Raymond Drake, Brinsley le Poer Trench (kini Lord Clancarty) dan Peter Kolosimo telahpun cakap pasal makhluk asing dari entah-planet apa dalam universe kitorang ni yang telah membuat lawatan-sambil-belajar ke planet kitorang ni. Tapi apa yang penting ialah, budak bernama Von Daniken ni lah yang mempopularkan semula teori ni dalam bukunya yang berjudul Chariots of the Gods. Selain daripada membuktikan pasal teori makhluk asing, dia pun membuktikan bahawa orang Swiss bukan saja pandai simpan duit dalam bank dan bikin coklat. Diorang pun tau tulis buku dengan subjek yang bukan-bukan untuk meng-klentongkan orang ramai!
Sebenarnya pihak akademi ramai yang tak suka sama buku ni. Tapi diorang tak boleh buat apa-apa. Sebab buku ni banyak dibaca oleh orang semasa tunggu bas ke sekolah, semasa buang tahi di dalam tandas, semasa dalam kapal terbang apabila duduk sebelah nenek tua yang tak habis-habis kentut, dan juga di konvensyen peminat cerita sci-fi. Pihak akademi amat suka apabila diorang saja yang dianggap orang berilmu. Tapi buku Von Daniken ni pulak cakap pasal apa yang pihak akademi betul-betul tak tau ataupun tak ingin bagi tau sama orang ramai. Dia cerita pasal bateri dan roket di Tamadun Sumer, Babylon dan Mesir. Dia juga cakap pasal bentuk nombor piawai yang digunakan untuk buat kira-kira hingga 40 digit macam komputer kitorang hari ni yang telah dijumpai pada masa dahulu.

Jack Kirby ialah sorang pelukis komik Yahudi yang banyak berpengaruh. Dialah yang mencipta
Captain America,
Hulk, X-Men, Avengers, Thor, Fantastic Four dan banyak lagi ikon-ikon komik yang kini jadi
superstar di panggung wayang kitorang. Sebelum dia
partner dengan Stan Lee untuk mencipta
Marvel Universe, dia buat kerja sambilan di National Comics (kini dikenali sebagai DC Comics). Di situ, Kirby telah mencipta
Challengers Of The Unknown. Cerita tu pasal beberapa orang yang suka buat perkara bukan-bukan seperti cari sotong-besar di dalam laut. Komik itu bagaikan
prototype awal ciptaan Kirby sebelum dia kembangkan konsep tu dengan Stan Lee dalam komik
Fantastic Four. Pendek-kata, Kirby memang sorang yang suka berkhayal pasal perkara yang bukan-bukan.
Dalam komik Fantastic Four itu, Kirby juga mencipta makhluk asing yang boleh menyamar jadi orang lain iaitu Skrulls. Dia juga bagitau kitorang pasal organisma yang bersembunyi di bawah muka bumi yang diketuai oleh taikor diorang yang digelar Mole-Man. Lepastu, Kirby juga cerita pasal kerajaan di dalam lautan Atlantic dan raja mereka iaitu Prince Namor the Sub-Mariner. Antara ciptaan lain Kirby termasuk puak amat misteri Inhumans, negara Wakanda di Afrika yang kaya dengan mineral Vibranium dan akhirnya makhluk asing yang macam tuhan-membawakan-akhirat iaitu Galactus (dengan herald-nya iaitu Silver Surfer). Tapi Stan Lee yang celaka sikit tu pula membuat keputusan supaya membenarkan John Buscema yang melukis kisah Silver Surfer dan bukan Jack Kirby. Kirby berasa agak tersinggung dan tak berapa sedap terhadap Stan Lee. Dia pun membuat keputusan untuk cabut dari Marvel dan pergi ke DC Comics.
Di DC Comics dalam tahun 1970-an, Jack Kirby telah memperkembangkan lagi teorinya pasal makhluk asing yang macam tuhan dan raksasa yang boleh membawa keamanan ataupun kebinasaan. Ceritanya dalam buku New Gods, The Forever People, Mister Miracle dan Jimmy Olsen kini digelar epik Fourth World. Malangnya, pada masa tu ramai yang tak tau apa Jack Kirby tengah bikin. Diorang pikir Kirby tu sudah gila sedikit sebab dia asyik bikin cerita dengan konsep-konsep yang besar macam tu tapi tak tau bikin soap-opera ataupun melodrama seperti di Marvel dahulu. Jadi sikit orang aje yang beli buku Kirby. Di konvensyen pulak, ramai yang beratur berjam-jam untuk dapatkan tandatangan superstar muda seperti Neal Adams dan Jim Steranko. Jack Kirby sudah jadi seperti apek tua yang ketinggalan zaman. Buku-buku Fourth World yang dia bikin tu semua dihentikan. [DC baru-baru saja mengeluarkan koleksi hardcover Fourth World dalam empat volume - biasanya, orang genius macam Kirby hanya dapat penghargaan selepas diorang sudah mampus!]
Pada masa yang sama, Jack Kirby mungkin terbaca buku Erich Von Daniken semasa dia berak dalam tandas. Kirby sangat suka sama buku yang bukan-bukan ni. Jadi, dia pun berkeputusan untuk balik ke Marvel Comics. Stan Lee tu sebenarnya sorang yang pemurah (terutamanya apabila ada keuntungan). Jadi Stan Lee pun mengambil balik Jack Kirby dan membenarkannya untuk bikin komik sendiri. Kirby pun tulis dan lukis buku Captain America, Black Panther, Devil Dinosaur dan akhirnya The Eternals.
Buku
The Eternals ni macam buku
Chariots Of The Gods dalam bentuk komik.
Dalam isu kedua buku ni, Kirby mengisytiharkan bahawa buku ni lagi "terror" daripada buku Von Daniken yang pada masa yang sama sedang dibaca oleh orang ramai.
Baiklah, adik-adik. Di atas tu sebanyak sedikit kisah sejarah bagaimana kitorang dapat buku The Eternals yang menceritakan tentang tuhan makhluk asing raksasa. Kitorang akan sambung dengan kajian kita dalam buku ni setelah cikgu baca beberapa bab lagi, ok?
Apa yang penting buat masa kini - cikgu berharap adik-adik semua boleh jadi orang yang penuh imaginasi iaitu kebolehan untuk berkhayal pasal perkara yang bukan-bukan. Taikor sains yang mempunyai rambut-letup, Albert Einstein, selalu cakap "imaginasi lebih penting daripada ilmu pengetahuan". Apa yang dimaksudkannya tu ialah, ilmu pengetahuan kitorang sebenarnya datang dari ahli-ahli akademik yang sebenarnya tak berotak. Diorang hanya mengulang sekali lagi apa yang diorang tu baca dari buku-buku handbook seolah-olah kitab suci. Ahli akademik pula bukan main eksyen lagi. Diorang yang sebenarnya tak berotak ("Mesin fotostat handbook tak perlukan otak!" - Cikgu Simin) selalu berlagak dan mencetak kad-nama untuk bagitau orang ramai bahawa diorang ada ijazah B.Sc.(Hons). Apa yang akan membebaskan minda kitorang ialah imaginasi. Sebenarnya, kitorang semuanya tak tau apa tu sebenarnya tuhan-pencipta dan dari mana kitorang (serta bumi dan angkasa) berasal. Perbezaannya, orang akademik suka berlagak bahawa diorang yang mempunyai jawapan-jawapan yang muktamad - lalu menaniayi orang yang mempunyai pendapat ataupun idea yang berbeza.