Ada satu budak nama "Kaninabu" yang membuat komen di YouTube Video Rozana bahawa kitorang ni semua 淫贱的民族!!! Dia ni mungkin datang dari puak Deviant negara SIN. Cikgu tak berapa faham apasal main gitar dan kejar awek pun diorang pikir kitorang tak bermaruah. Oi, kaninabu, tuinasing-lah you ni!
Monday, May 12, 2008
Kejora
Lagi satu lagu dari Search untuk membawa balik kenangan zaman silam bila kitorang semua sibuk mengejar awek, belajar main gitar kapok dan berlepak di Pertama Kompleks. Itu jam ku ponteng kelas kolej tiap-tiap hari. Dua awek selalu datang ke bilik untuk tengok VCD cetak rompak. Ada juga brader-brader yang datang melawat. Kitorang keluar sama-sama ke Pusat Permainan Video untuk berlawan Daytona USA. Tapi paling berfaedah ialah belajar main gitar kapok. Sebab nak berlagak di depan awek.

Fantasia Bulan Madu
Ininya lagu Search dari album "Mentari Merah Di Ufuk Timur" tapi diorang bikin unplugged lagi terror tau. Pasti awek cair bila dengar. Setiap kali dengar, ku teringat akan zaman ku di kolej dulu. Naik Bas Mini nombor 12 dari SS2 ke Chow Kit. Beli VCD cetak rompak di Pertama Kompleks. Makan tosai-tisu di Leboh Ampang. Kejar awek. Masak mi maggi. Baca "Pedang Setiawan". Cuba nyanyi macam Amy sehingga kerongkong koyak. Itulah zaman rock rambut panjang, gitar kapok, burger ramli dan awek cair beramai-ramai!!!