Monday, May 12, 2008

Know Your Eternals And Deviants (Part Three):

Hai, adik-adik.

Suatu masa dahulu, ada dua orang raja yang selalu berperang.

Satu raja kalah dan dipenjarakan oleh lagi satu raja.

Dia berlawak macam orang bawahan supaya tidak dibunuh.

Bila sudah balik rumah, dia pulak sembunyi di belakang jamban.

Secara senyap, raja yang tertewas itu menjilat hempedu supaya dia ingat pasal kepahitan yang dia alami apabila dia tewas.

Hari ini, ramai orang mengamalkan "positive self-talk" untuk motivasi-diri.

Masa dahulu, diorang jilat hempedu untuk mengingati kepahitan.

Ingatan yang pahit = motivasi diri.

Raja tu bagi dia punya "girlfriend" kepada raja yang lagi satu.

Raja yang dapat "girlfriend" tu asyik sibuk dengan "girlfriend".

Pada masa yang sama, raja yang tertewas tu pun bikin rancangan menewaskan raja lagi satu itu.

Akhirnya, dia berjaya.

Moral cerita ini? Ingat kepahitan sendiri dan biarkan musuh mu mengalami kemanisan. Lepas tu, bila musuh sudah lemah semangat, kitorang banji sama dia!

Hai adik-adik.

Sekarang kita teruskan dengan ulangkaji kitorang pasal Eternals dan Deviants tu.

Budak ni bernama Ikaris. Dia memang hero pada puak Eternals tu. Tuk Kirby mulakan cerita Eternals dengan Ikaris yang sedang memeriksa Lost City of the Incas dengan satu pompuan dan bapak pompuan tu, sorang ahli arkeologi. Baru-baru ni, Neil Gaiman pun mulakan cerita Eternals dengan Ikaris.

Ikaris tu ada nama palsu "Ike Harris". Dia memang pikir semua orang bodoh dan tak dapat buat kesimpulan yang Ike Harris semacam bunyi dengan nama sebenarnya, Ikaris. Ada sesetengah orang yang pikir dia ni Ikarus atau Icarus yang suka terbang dalam mitos orang Yunani tu. Sebenarnya, Ikaris sudah beribu-ribu tahun di bumi. Ikarus Yunani itu men-ciplak Ikaris aje...

Deviants seperti Kro benci sama tuhan-makhluk asing yang bernama Celestials. Ini sebab Deviants dibikin dengan cincai oleh tuhan-Celestials tu. Pendek-kata, Deviants tak cun macam Eternals.

Eternals yang cun tu pulak selalu menantikan kepulangan tuhan-Celestials ke bumi. Dalam gambar di atas, Ikaris sedang menyambut kedatangan Celestials ke bumi. Sebenarnya, sampai hari ini pun cikgu belum pasti lagi sama ada Celestials tu baik ataupun jahat. Diorang macam selalu diam dan "cool" aje. Ikaris pulak macam kuat semangat nak menyambut kedatangan mereka tu.

Akhirnya, Ikaris tu anak kepada Virako dan Tulayn. Tak apalah jika adik-adik rasa bahawa nama emak Ikaris tu bunyi semacam bahasa kasar dalam bahasa Hokkien. Mungkin itulah sebabnya Anak Tulayn (dalam Hokkien = "tu-lan-kia"), Ikaris, macam bodoh sedikit dan bersemangat menjemput Celestials untuk datang ke bumi.

Ada khabar angin bagi tau cikgu bahawa Ikaris yang tu-lan-kia tu akan berlawan dengan Incredible Herc. Tengok lukisan John Romita Jr. di atas. Best, kan? Nantikan kedatangan isu ni, ok?

Inilah superior comic-craft, bukan? :-)

11 comments:

Anonymous said...

Hang tak bersetuju!

Hang Tuah

Anonymous said...

Hang tak pernah rasa tulan(g) merah si mamak Kajang?

Ali Mohideen, Best Tulang in Kajang

Anonymous said...

Eh bang! kisah tulang-tulang! takut!

Saloma

Anonymous said...

Bukan yang. Ni sandiwara keling!

P. Ramlee

Anonymous said...

I still represent the Indian majority!

Sami Veloo

Anonymous said...

Dream On!

Dr. M

Anonymous said...

By September I will form the goverment!

Anwar

Anonymous said...

Dream On!!!! (Ku Li! Ku Li! mana musang tu?)

Dr. M

Anonymous said...

Gulai musang masak merah?

Mat Simple

Anonymous said...

Itu pun boleh! By September kita ber-exspand 3 kedai besar. Gurantee mamak sebelah tulan besar-besar macam celestial! Untuk tulang best di Kajang pergi tu Ali Mohideen!!!

Ali Mohideen, Still the best tulang in Kajang

Anonymous said...

Hang boleh sample?

Hang Lapar