Monday, May 12, 2008

Know Your Eternals And Deviants (Part Two):

Hai adik-adik.

Ini hari, cikgu nak cerita sikit pasal teori makhluk asing yang telah dikemukakan sejak tahun 1970-an dan masih popular lagi dalam zaman kitorang ni.

Taikor yang mulakan segalanya ialah sorang Swiss yang bernama Erich Von Daniken. Sebenarnya, dia ni ciplak teori orang lain. Alexander Kazantsev, Andrew Tomas, Harold Wilkins, Raymond Drake, Brinsley le Poer Trench (kini Lord Clancarty) dan Peter Kolosimo telahpun cakap pasal makhluk asing dari entah-planet apa dalam universe kitorang ni yang telah membuat lawatan-sambil-belajar ke planet kitorang ni. Tapi apa yang penting ialah, budak bernama Von Daniken ni lah yang mempopularkan semula teori ni dalam bukunya yang berjudul Chariots of the Gods. Selain daripada membuktikan pasal teori makhluk asing, dia pun membuktikan bahawa orang Swiss bukan saja pandai simpan duit dalam bank dan bikin coklat. Diorang pun tau tulis buku dengan subjek yang bukan-bukan untuk meng-klentongkan orang ramai!

Sebenarnya pihak akademi ramai yang tak suka sama buku ni. Tapi diorang tak boleh buat apa-apa. Sebab buku ni banyak dibaca oleh orang semasa tunggu bas ke sekolah, semasa buang tahi di dalam tandas, semasa dalam kapal terbang apabila duduk sebelah nenek tua yang tak habis-habis kentut, dan juga di konvensyen peminat cerita sci-fi. Pihak akademi amat suka apabila diorang saja yang dianggap orang berilmu. Tapi buku Von Daniken ni pulak cakap pasal apa yang pihak akademi betul-betul tak tau ataupun tak ingin bagi tau sama orang ramai. Dia cerita pasal bateri dan roket di Tamadun Sumer, Babylon dan Mesir. Dia juga cakap pasal bentuk nombor piawai yang digunakan untuk buat kira-kira hingga 40 digit macam komputer kitorang hari ni yang telah dijumpai pada masa dahulu.

Jack Kirby ialah sorang pelukis komik Yahudi yang banyak berpengaruh. Dialah yang mencipta Captain America, Hulk, X-Men, Avengers, Thor, Fantastic Four dan banyak lagi ikon-ikon komik yang kini jadi superstar di panggung wayang kitorang. Sebelum dia partner dengan Stan Lee untuk mencipta Marvel Universe, dia buat kerja sambilan di National Comics (kini dikenali sebagai DC Comics). Di situ, Kirby telah mencipta Challengers Of The Unknown. Cerita tu pasal beberapa orang yang suka buat perkara bukan-bukan seperti cari sotong-besar di dalam laut. Komik itu bagaikan prototype awal ciptaan Kirby sebelum dia kembangkan konsep tu dengan Stan Lee dalam komik Fantastic Four. Pendek-kata, Kirby memang sorang yang suka berkhayal pasal perkara yang bukan-bukan.

Dalam komik Fantastic Four itu, Kirby juga mencipta makhluk asing yang boleh menyamar jadi orang lain iaitu Skrulls. Dia juga bagitau kitorang pasal organisma yang bersembunyi di bawah muka bumi yang diketuai oleh taikor diorang yang digelar Mole-Man. Lepastu, Kirby juga cerita pasal kerajaan di dalam lautan Atlantic dan raja mereka iaitu Prince Namor the Sub-Mariner. Antara ciptaan lain Kirby termasuk puak amat misteri Inhumans, negara Wakanda di Afrika yang kaya dengan mineral Vibranium dan akhirnya makhluk asing yang macam tuhan-membawakan-akhirat iaitu Galactus (dengan herald-nya iaitu Silver Surfer). Tapi Stan Lee yang celaka sikit tu pula membuat keputusan supaya membenarkan John Buscema yang melukis kisah Silver Surfer dan bukan Jack Kirby. Kirby berasa agak tersinggung dan tak berapa sedap terhadap Stan Lee. Dia pun membuat keputusan untuk cabut dari Marvel dan pergi ke DC Comics.

Di DC Comics dalam tahun 1970-an, Jack Kirby telah memperkembangkan lagi teorinya pasal makhluk asing yang macam tuhan dan raksasa yang boleh membawa keamanan ataupun kebinasaan. Ceritanya dalam buku New Gods, The Forever People, Mister Miracle dan Jimmy Olsen kini digelar epik Fourth World. Malangnya, pada masa tu ramai yang tak tau apa Jack Kirby tengah bikin. Diorang pikir Kirby tu sudah gila sedikit sebab dia asyik bikin cerita dengan konsep-konsep yang besar macam tu tapi tak tau bikin soap-opera ataupun melodrama seperti di Marvel dahulu. Jadi sikit orang aje yang beli buku Kirby. Di konvensyen pulak, ramai yang beratur berjam-jam untuk dapatkan tandatangan superstar muda seperti Neal Adams dan Jim Steranko. Jack Kirby sudah jadi seperti apek tua yang ketinggalan zaman. Buku-buku Fourth World yang dia bikin tu semua dihentikan. [DC baru-baru saja mengeluarkan koleksi hardcover Fourth World dalam empat volume - biasanya, orang genius macam Kirby hanya dapat penghargaan selepas diorang sudah mampus!]

Pada masa yang sama, Jack Kirby mungkin terbaca buku Erich Von Daniken semasa dia berak dalam tandas. Kirby sangat suka sama buku yang bukan-bukan ni. Jadi, dia pun berkeputusan untuk balik ke Marvel Comics. Stan Lee tu sebenarnya sorang yang pemurah (terutamanya apabila ada keuntungan). Jadi Stan Lee pun mengambil balik Jack Kirby dan membenarkannya untuk bikin komik sendiri. Kirby pun tulis dan lukis buku Captain America, Black Panther, Devil Dinosaur dan akhirnya The Eternals.

Buku The Eternals ni macam buku Chariots Of The Gods dalam bentuk komik.

Dalam isu kedua buku ni, Kirby mengisytiharkan bahawa buku ni lagi "terror" daripada buku Von Daniken yang pada masa yang sama sedang dibaca oleh orang ramai.

Baiklah, adik-adik. Di atas tu sebanyak sedikit kisah sejarah bagaimana kitorang dapat buku The Eternals yang menceritakan tentang tuhan makhluk asing raksasa. Kitorang akan sambung dengan kajian kita dalam buku ni setelah cikgu baca beberapa bab lagi, ok?

Apa yang penting buat masa kini - cikgu berharap adik-adik semua boleh jadi orang yang penuh imaginasi iaitu kebolehan untuk berkhayal pasal perkara yang bukan-bukan. Taikor sains yang mempunyai rambut-letup, Albert Einstein, selalu cakap "imaginasi lebih penting daripada ilmu pengetahuan". Apa yang dimaksudkannya tu ialah, ilmu pengetahuan kitorang sebenarnya datang dari ahli-ahli akademik yang sebenarnya tak berotak. Diorang hanya mengulang sekali lagi apa yang diorang tu baca dari buku-buku handbook seolah-olah kitab suci. Ahli akademik pula bukan main eksyen lagi. Diorang yang sebenarnya tak berotak ("Mesin fotostat handbook tak perlukan otak!" - Cikgu Simin) selalu berlagak dan mencetak kad-nama untuk bagitau orang ramai bahawa diorang ada ijazah B.Sc.(Hons). Apa yang akan membebaskan minda kitorang ialah imaginasi. Sebenarnya, kitorang semuanya tak tau apa tu sebenarnya tuhan-pencipta dan dari mana kitorang (serta bumi dan angkasa) berasal. Perbezaannya, orang akademik suka berlagak bahawa diorang yang mempunyai jawapan-jawapan yang muktamad - lalu menaniayi orang yang mempunyai pendapat ataupun idea yang berbeza.

15 comments:

Anonymous said...

The popularity of such a sensational theory should not be surprising. Immanuel Velikovsky created a similar stir almost twenty-five years ago with the publication of his "Worlds in Collision", suggesting that the present state of the solar system can be explained by a series of spectacular cataclysms among the planets. It has been over twenty-seven years since "flying saucers" burst into the public's awareness, and UFOs still continue to generate excitement and controversy. Sensational hypotheses such as these generate such levels of interest that they tend to become self-sustaining, quite apart from the question of whether they are true.

Established science has always shied away from such remarkable claims. "It took courage to write this book. and it will take courage to read it", says Von Daniken. "Even if a reactionary army tries to dam up this new intellectual flood, a new world must be conquered in the teeth of all the unteachable in the name of truth and reality." (Presumably the reader here is expected to shout, "Right on!") Does science avoid Von Daniken because it is afraid to face up to the truth?

Sincerely,
Robert Sheaffer

Anonymous said...

A convicted Swiss embezzler (who wrote part of his best-selling Chariots of the Gods while in jail), Von Daniken claimed that there is a large amount of archaeological evidence that alien visitors helped us build many of the impressive artifacts that ancient civilizations left behind. (The insulting subtext here is that we needed the aliens' help because we humans were too stupid to build the Nazca lines or the pyramids by ourselves.) In fact, Von Daniken's books involve massive misinterpretations of archaeological data and a great deal of fabrication; the past, as the title of one the best debunking books vividly asserts, is human.

The Skeptic

Anonymous said...

My first sexual encounter with an alien was unlike any love-making I've experienced before. It was so intense and enjoyable and, without wanting to get too graphic, he was so much larger than most men. I remember exactly how I felt when I saw him for the first time. I awoke from my sleep to find myself making love to what appeared to be a Greek god. At first I assumed it was an exceptionally lucid dream. But the sex was very intense and as I closed my eyes I was overwhelmed by how comfortable I felt with this unknown being. The next time I opened my eyes he had transformed into a reptilian entity with scaly, snake-like skin. It was then I realized I was making love to a shape-shifting alien. Sensing I was scared, the reptile whispered, 'We've always been together, we love each other.' The orgasms were intense. When I tell men about my reptilian experience, they find it difficult.

Affectionately,
Pamela Stonebrooke

Anonymous said...

I have met many men who claim to have had sex with aliens, especially a blue lady.

Gne Nivle

Anonymous said...

Having sex guarantees success in life.

Mail Gneb Mil

Anonymous said...

Betulkah tu? Sebenarnya I punya experience bagi tahu I bahawa atuk ku tu sebenarnya sepupu Galactus.

Saiful Apek

Anonymous said...

There you go again with your speculative half-truths and outright lies. You never change. (Creating a new blogspot doesn't mean anything when you're still the same - it's the New Life in Christ that counts.)

Soli Gratia

Anonymous said...

Stein brilliantly responds that he had no idea Richard Dawkins believes in intelligent design! And indeed Dawkins does seem to be saying that alien intelligence is responsible for life arriving on earth. What are we to make of this? Basically Dawkins is surrendering on the claim that evolution can account for the origins of life. It can't. The issue now is simply whether a natural intelligence (ET) or a supernatural intelligence (God) created life. Dawkins can't bear the supernatural explanation and so he opts for ET. But doesn't it take as much, or more, faith to believe in extraterrestrial biology majors depositing life on earth than it does to believe in a transcendent creator?

vincit omnia veritas

Anonymous said...

Atukku pun pernah kata bahawa dia tu sebenarnya makhluk asing membuat lawatan-sambil-belajar ke bumi. Dia major subjek bioloji.

Saiful Apek

Anonymous said...

"Sebab buku ni banyak dibaca oleh orang semasa tunggu bas ke sekolah, semasa buang tahi di dalam tandas, semasa dalam kapal terbang apabila duduk sebelah nenek tua yang tak habis-habis kentut, dan juga di konvensyen peminat cerita sci-fi. Pihak akademi amat suka apabila diorang saja yang dianggap orang berilmu. Tapi buku Von Daniken ni pulak cakap pasal apa yang pihak akademi betul-betul tak tau ataupun tak ingin bagi tau sama orang ramai."

Nothing described your recent feuds with the pseudo-academicians better than what you wrote above. Keep it up, bro.

A Fellow Malaysian

Anonymous said...

Eh! Eh! Apasal you people cakap pasal nenek ku tu? Dia memang ada habit kentut tak habis-habis apabila duduk kapal-terbang. Itulah sebab atukku (yang sebenarnya seorang ahli bioloji) jatuh cinta pada nenekku.

Saiful Apek

Anonymous said...

Is your grandmother blue?

Gne Nivle

Anonymous said...

No. But she farts a lot. Especially during long plane rides.

Saiful Apek

Anonymous said...

Non-overlapping magisterial (NOMA) is the idea that science cannot comment in the issue of God's existence. According to Stephen J. Gould, "The net, or magisterium, of science covers the empirical realm: what is the universe made of (fact) and why does it work this way (theory). The magisterium of religion extends over questions of ultimate meaning and moral value. These two magisteria do not overlap..." Cosmologist Martin Rees says, "The pre-eminent mystery is why anything exists at all." Both Gould and Rees defer such questions to philosophers and theologians. However, Dawkins says "that if indeed they lie beyond science, they most certainly lie beyond the province of theologians as well." In order to complete his insult to theologians, Dawkins says, "I have yet to see any good reason to suppose that theology... is a subject at all."

A Deeply Religious Believer In Science

Anonymous said...

Being deep guarantees success in life.

Mail Gneb Mil